Motivasi, ebook dan gaya hidup sihat bersama Cikgu Zaiful
Memprogramkan minda bawah sedar pelajar dengan nilai nilai kejayaan, nilai nilai kepimpinan, kepintaran emosi dan kepintaran spiritual

Guru2 boleh bg cadangan lain2 ayat affirmation ikut 10 aspek yg ada atau boleh tambah lg aspek2 yg tertinggal.
Sebutan hendaklah beserta jiwa, hati positif, beserta emosi dan imaginasi.
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM”
“IKRAR MINDA WIRA”
“ALLAH IZINKAN”
Saya gembira dan bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah
Saya berguna kpd diri sendiri, ibubapa, agama, masyarakat dan negara Malaysia.
Kejayaan saya membahagiakan ibubapa.
Saya berjiwa besar mencapai kejayaan kehidupan
Beradab mulia amalan hidup saya
Saya suka solat fardu 5 waktu setiap hari
Saya sayang ibubapa dan guru2
Disiplin dan tekun faktor kejayaan saya
Saya sangat berdisiplin menguruskan diri dan pelajaran
Saya suka hadir awal ke sekolah
Saya sangat fokus belajar.
Saya usaha bersungguh2 mencapai prestasi akademik terbaik.
Saya bersemangat tinggi mencapai kemenangan dalam pertandingan.
Saya bangga mengharumkan nama sekolah.
Saya menghargai keindahan dan kebersihan
Saya suka persekitaran yang bersih
Saya berkomunikasi menggunakan kata2 positif
Kata2 saya adalah kebaikan
Saya berfikiran positif
Saya suka meningkatkan potensi diri dalam kehidupan
Masa depan saya tanggungjawab saya
Setiap tindakan saya menuju matlamat kejayaan
Saya bersama memajukan Malaysia tanahair tercinta.
Saya sayang agama, bangsa dan negara
Aamiinn ya Allah
Seterusnya pengawas boleh sebut 3 kali cogan kata/motto sekolah dan diikuti oleh semua pelajar
Guru menjalankan aktiviti sedutan nafas. Semasa guru sebut sedut nafas, pelajar2 sedut nafas macam biasa dan hembus nafas seperti biasa. Semasa sedut nafas, pelajar fokus, dengar dan hayati ayat yang disebut oleh guru.
Sedut nafas mengambil oksigen masuk lebih banyak ke paru paru untuk dipam oleh jantung ke seluruh organ badan. Ini juga akan meningkat tenaga dan kesegaran tubuh dan minda.
Bila2 masa jika pelajar perlukan ketenangan fikiran, emosi dan fokus, boleh ambil masa sendiri menyedut nafas dalam dalam dan hembus perlahan lahan
Semasa belajar dalam kelas, semasa mengulangkaji, semasa menjawab soalan peperiksaan atau semasa pelajar2 perlukan rasa tenang dan perlukan fikiran fokus, pelajar boleh ambil masa sendiri buat sedutan nafas.
Ada kajian sains mendapati aktiviti sedut nafas boleh mempengaruhi sel2 otak berada pada gelombang tertentu yang membantu proses berfikir dan daya fokus manusia
Antara kaedah sedut nafas dalam masa santai sendiri;
Baca Bismillahirrahmanirrahim..
Sedut nafas
Sebut lintasan dalam hati doa apa yang dihajati.
Hembus nafas
Guru boleh jalankan aktiviti NAFAS WIRA dengan kaedah berikut;
1. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA PERTAMA sedut nafas, “Kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat, keimanan, ketaqwaan, keberkatan, kesihatan, kebahagiaan, kejayaan, perpaduan, keamanan, kemerdekaan” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..
2. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KEDUA sedut nafas, “Allah kurnia rakan2 positif, kata2 ucapan positif, minda positif, emosi positif, rohani positif, semangat positif ” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..
3. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KETIGA sedut nafas, “Allah kurnia berakhlak mulia, mengamalkan adab2 belajar, berdisiplin tinggi, menjaga hak pelajar untuk fokus belajar, mendapat keberkatan guru, mendapat keberkatan ibubapa” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..
4. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KEEMPAT sedut nafas, “Allah kurnia mencapai cita2 masa depan, mencapai target peperiksaan, sukan, kokurikulum, mencapai target peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..
5. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KELIMA sedut nafas, “Allah kurnia kekuatan, kemudahan, taufik, hidayah, bangkit berjaya, memajukan diri, agama, bangsa dan tanahair” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..
6. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KEENAM sedut nafas, “Allah kurnia mencapai perjuangan hidup, menjadi anak2 yang berjaya, berguna kepada ibubapa, agama, bangsa dan tanahair” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..
GURU/PENGAWAS SEBUT
“SERENTAK TEPUK WIRA!!”
PELAJAR2 TEPUK SERENTAK TEPUK 3 KALI, MURID GENGGAM TANGAN SEBUT WIRA!!

Strategi belajar untuk membantu pelajar cemerlang.

Panduan produk semula jadi untuk penjagaan kesihatan dan rutin harian.
Hubungi Cikgu Zaiful di WhatsApp untuk maklumat lanjut.
Portal perkongsian motivasi, ilmu dan inspirasi untuk membantu pelajar, ibu bapa dan masyarakat terus maju.
Email: cikguzaiful@gmail.com
WhatsApp: 01162789769
Waktu Operasi: 24/7
Ilmu dikongsi, kebaikan disebarkan, manfaat bersama.
Terima kasih kerana menyokong usaha dakwah dan pendidikan.
Copyright 2026 Motivasi Cikgu Zaiful. Semua hak cipta terpelihara.