Ikrar Minda Wira dan Nafas Wira

Memprogramkan minda bawah sedar pelajar dengan nilai nilai kejayaan, nilai nilai kepimpinan, kepintaran emosi dan kepintaran spiritual

Pelajar bersemangat dalam aktiviti Ikrar Minda Wira

AKTIVITI MEMPROGRAMKAN MINDA BAWAH SEDAR PELAJAR DENGAN NILAI NILAI KEJAYAAN, KEPIMPINAN, JATI DIRI, KEPINTARAN EMOSI, KEPINTARAN SPIRITUAL DAN KESEDARAN.

A. AKTIVITI IKRAR MINDA WIRA

OBJEKTIF.

  1. Memprogramkan minda bawah sedar pelajar dengan nilai nilai kejayaan dan nilai nilai kepimpinan. Minda bawah sedar (subconcious mind) menarik sikap dan kelakuan manusia ke arah perkara tersebut bila dibaca berulangkali.
  2. Meningkatkan nilai nilai positif dan nilai nilai kepimpinan diri pelajar
  3. Memberi nilai tambah aktiviti semasa perhimpunan di sekolah atau pada masa yang sesuai di dalam kelas.

RASIONAL.

  1. Ramai anak sekolah yg hidup serba kekurangan dari keluarga pendapatan rendah. Mereka perlu diberi motivasi, inspirasi dan kesedaran berterusan utk berjaya di masa depan dan membina cita cita yang tinggi.
  2. Tidak semua anak sekolah mendapat galakan dan dorongan utk berjaya dlm kehidupan dari ibubapa masing masing, aktiviti ini boleh membantu.

Tempat atau masa pelaksanaan.

  1. Di perhimpunan harian.
  2. Di kelas.
  3. Masa perjumpaan koku.
  4. Masa guru relief.

Guru2 boleh bg cadangan lain2 ayat affirmation ikut 10 aspek yg ada atau boleh tambah lg aspek2 yg tertinggal.

Sebutan hendaklah beserta jiwa, hati positif, beserta emosi dan imaginasi.

CARA PELAKSANAAN

  1. Guru mulai dengan bacaan Al Fatiha kpd diri sendiri, ibubapa, guru2 yang pernah mengajar kita, muslimin muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
  2. Seterusnya membaca surah Al Insyirah.
  3. Seterusnya bacaan IKRAR MINDA WIRA oleh pengawas/ketua pelajar. Selepas pengawas baca, semua pelajar ikut bacaan pengawas tadi. Bacaannya seperti berikut

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM”
“IKRAR MINDA WIRA”
“ALLAH IZINKAN”

1. Halatuju (perkara ini tidak perlu baca, baca ayat dibawahnya).

Saya gembira dan bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah
Saya berguna kpd diri sendiri, ibubapa, agama, masyarakat dan negara Malaysia.
Kejayaan saya membahagiakan ibubapa.
Saya berjiwa besar mencapai kejayaan kehidupan

2. Kerohanian, Sahsiah

Beradab mulia amalan hidup saya
Saya suka solat fardu 5 waktu setiap hari
Saya sayang ibubapa dan guru2

3. Disiplin

Disiplin dan tekun faktor kejayaan saya
Saya sangat berdisiplin menguruskan diri dan pelajaran
Saya suka hadir awal ke sekolah

4. Akademik

Saya sangat fokus belajar.
Saya usaha bersungguh2 mencapai prestasi akademik terbaik.

5. Kokurikulum

Saya bersemangat tinggi mencapai kemenangan dalam pertandingan.
Saya bangga mengharumkan nama sekolah.

6. Keceriaan

Saya menghargai keindahan dan kebersihan
Saya suka persekitaran yang bersih

7. Komunikasi

Saya berkomunikasi menggunakan kata2 positif
Kata2 saya adalah kebaikan

8. Pemikiran

Saya berfikiran positif
Saya suka meningkatkan potensi diri dalam kehidupan

9. Komitmen.

Masa depan saya tanggungjawab saya
Setiap tindakan saya menuju matlamat kejayaan

10. Patriotik

Saya bersama memajukan Malaysia tanahair tercinta.
Saya sayang agama, bangsa dan negara

Aamiinn ya Allah

Seterusnya pengawas boleh sebut 3 kali cogan kata/motto sekolah dan diikuti oleh semua pelajar

A. AKTIVITI NAFAS WIRA

Guru menjalankan aktiviti sedutan nafas. Semasa guru sebut sedut nafas, pelajar2 sedut nafas macam biasa dan hembus nafas seperti biasa. Semasa sedut nafas, pelajar fokus, dengar dan hayati ayat yang disebut oleh guru.

Sedut nafas mengambil oksigen masuk lebih banyak ke paru paru untuk dipam oleh jantung ke seluruh organ badan. Ini juga akan meningkat tenaga dan kesegaran tubuh dan minda.

Bila2 masa jika pelajar perlukan ketenangan fikiran, emosi dan fokus, boleh ambil masa sendiri menyedut nafas dalam dalam dan hembus perlahan lahan

Semasa belajar dalam kelas, semasa mengulangkaji, semasa menjawab soalan peperiksaan atau semasa pelajar2 perlukan rasa tenang dan perlukan fikiran fokus, pelajar boleh ambil masa sendiri buat sedutan nafas.

Ada kajian sains mendapati aktiviti sedut nafas boleh mempengaruhi sel2 otak berada pada gelombang tertentu yang membantu proses berfikir dan daya fokus manusia

Antara kaedah sedut nafas dalam masa santai sendiri;

Baca Bismillahirrahmanirrahim..
Sedut nafas
Sebut lintasan dalam hati doa apa yang dihajati.
Hembus nafas

Guru boleh jalankan aktiviti NAFAS WIRA dengan kaedah berikut;

  1. Pelajar pandang tapak tangan kanan
  2. Guru sebut Bismillah… dan baca ayat disediakan
  3. Guru sebut “GENGGAM!!” dan semua pelajar genggan tangan kanan
  4. Guru sebut “BERJAYA!!” dan semua pelajar sebut “BERJAYA”

CARA PELAKSANAAN

1. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA PERTAMA sedut nafas, “Kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat, keimanan, ketaqwaan, keberkatan, kesihatan, kebahagiaan, kejayaan, perpaduan, keamanan, kemerdekaan” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..

2. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KEDUA sedut nafas, “Allah kurnia rakan2 positif, kata2 ucapan positif, minda positif, emosi positif, rohani positif, semangat positif ” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..

3. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KETIGA sedut nafas, “Allah kurnia berakhlak mulia, mengamalkan adab2 belajar, berdisiplin tinggi, menjaga hak pelajar untuk fokus belajar, mendapat keberkatan guru, mendapat keberkatan ibubapa” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..

4. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KEEMPAT sedut nafas, “Allah kurnia mencapai cita2 masa depan, mencapai target peperiksaan, sukan, kokurikulum, mencapai target peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..

5. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KELIMA sedut nafas, “Allah kurnia kekuatan, kemudahan, taufik, hidayah, bangkit berjaya, memajukan diri, agama, bangsa dan tanahair” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..

6. Guru/Pengawas sebut “Bismillahirrahmanirrahim.. NAFAS WIRA KEENAM sedut nafas, “Allah kurnia mencapai perjuangan hidup, menjadi anak2 yang berjaya, berguna kepada ibubapa, agama, bangsa dan tanahair” GENGGAM!! BERJAYA!! ALHAMDULILLAH… ”Sollallahu ‘ala sayyidina Muhammad” FOKUS, TENANG.. SENANG..

1. TEPUK WIRA

GURU/PENGAWAS SEBUT

“SERENTAK TEPUK WIRA!!”

PELAJAR2 TEPUK SERENTAK TEPUK 3 KALI, MURID GENGGAM TANGAN SEBUT WIRA!!

Baca Juga

Buku dan topi graduasi untuk teknik belajar cemerlang

Teknik Rahsia Cemerlang Straight A's

Strategi belajar untuk membantu pelajar cemerlang.

Pelajar bersemangat dalam aktiviti Ikrar Minda Wira

Ikrar Minda Wira dan Nafas Wira

Ikrar dan nilai harian untuk membina minda positif.

Papan sasaran untuk teknik fokus belajar

Fokus 100% Faham 100%

Teknik fokus untuk belajar dengan lebih mendalam.

Pilihan produk kesihatan Forever Living

Kesihatan Adalah Kekayaan

Panduan produk semula jadi untuk penjagaan kesihatan dan rutin harian.

Ikuti Motivasi Cikgu Zaiful

@motivasicikguzaiful

Nak Tanya Tentang Ikrar Minda Wira dan Nafas Wira?

Hubungi Cikgu Zaiful di WhatsApp untuk maklumat lanjut.

Motivasi Cikgu Zaiful

Portal perkongsian motivasi, ilmu dan inspirasi untuk membantu pelajar, ibu bapa dan masyarakat terus maju.

Hubungi Kami

Email: cikguzaiful@gmail.com

WhatsApp: 01162789769

Waktu Operasi: 24/7

Nota

Ilmu dikongsi, kebaikan disebarkan, manfaat bersama.

Terima kasih kerana menyokong usaha dakwah dan pendidikan.

Copyright 2026 Motivasi Cikgu Zaiful. Semua hak cipta terpelihara.